Sunday, October 7, 2007

PEngeNaLan


Kota

Kota Kota Tinggi terletak di Pantai Timur Negeri Johor yang 65% kawasannya di kelilingi oleh
laut. Ekosistem adalah suatu sistem ekologi yang terbentuk oleh hubungan timbal
antara makhluk hidup dengan lingkungannya
. Komponen-komponen pembentuk
ekosistem adalah komponen hidup (biotik) dan komponen tak hidup (abiotik)
MENGAPA banjir besar gelombang kedua hanya menimpa Johor sehingga lebih 100,000 mangsa terpaksa dipindahkan? Mengapa daerah Kota Tinggi, Johor Bahru Selatan dan Batu Pahat paling teruk dilanda banjir? Apakah langkah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan bencana alam itu berulang?
terdapat perkaitan antara kemusnahan ekosistem terhadap penduduk kampung itu sendiri.sungai dan pengaruhnya terhadap ekosistem, kemudian secara tidak langsung impaknya terhadap pembangunan bandar itu sendiri. Bandar ialah satu unit politik, suatu petempatan yg didiami oleh sejumlah penduduk atau kelompok rumah tempat kediaman atau lain-lain struktur (Detwyler dan Marcus, 1985). Definisi bandar meliputi semua elemen semulajadi, sosial dan buatan manusia yang berkelompok dalam kawasan-kawasan yang mempunyai ramai penduduk.

Sementara itu, M,A,J Beg dalam buku historic Cities of Asia mentafsirkan Bandar sebagai suatu kawasan yg dihuni oleh penduduk yang ramai dan sebahagiannya boleh membaca dan menulis serta mereka terlibat dalam kegiatan bukan pertanian. Daripada tafsiran ini jelas menunjukkan bahawa bandar berbeza dari kampung dari segi saiz, kepadatan penduduk dan penduduknya bersifat heterogenus.
perkaitan antara sungai dan pembangunan bandar dapat dilihat melalui projek-projek yang melibatkan kepentingan sungai itu sendiri. Sebagai contoh, pembinaan jambatan biasanya memerlukan kos pembinaan yang tinggi dan memakan masa yang lama untuk disiapkan. Apabila banjir melanda, projek itu musnah begitu sahaja sebelum sempat penduduk menggunakannya. Secara tidak langsung, hal ni akan menyebabkan pembangunan sesuatu bandar itu akan terjejas. Dalam kajian ini, kami akan mengaitkan antara sungai Johor dan pembangunan di Kota Tinggi serta saling kaitannya dengan banjir besar yang telah melanda Kota Tinggi baru-baru ini.
secara keseluruhannya, sungai merupakan nadi kehidupan penduduk setempat Kota Tinggi. Justeru, sungai sangat berkait rapat dengan kehidupan manusia dan pembangunan bandar itu sendiri.Sungai Johor merupakan sistem saliran utama di Bandar Kota Tinggi yang mengalir daripada kawasan tadahan Sungai Linggiu dan Sungai Sayong (Daerah Kluang) ke laut. Cabang utama Sungai Johor (Bandar Kota Tinggi) ialah Sungai Permandi, Sungai Kemang, Sungai Kampung Kelantan, Sungai Bang, Sungai Tembioh dan Sungai Damai. Oleh itu, sebarang perubahan negatif pada sungai Johor akan membawa kesan yang amat buruk kepada kawasan sekitar sungai dan negeri Johor amnya. Berdasarkan kepada peristiwa banjir yang telah berlaku pada Disember 2006 dan Januari 2007, Sungai Johor mampu menenggelamkan hampir keseluruhan bandar Kota Tinggi serta melumpuhkan semua aktiviti di bandar itu.
bayangkan di sesebuah kawasan perbandaran, misalnya di Kota Tinggi dan Johor Bahru di mana pembangunan rancak dilaksanakan dengan puluhan projek ‘kemajuan’ yang bersebelahan antara satu sama lain. Hal ini akan menjejaskan pembangunan Bandar tersebut akibat daripada pengurusan dan penyelenggaraan ekosistem yang tidak terkawal.




Kota