Sunday, October 7, 2007

PEngeNaLan


Kota

Kota Kota Tinggi terletak di Pantai Timur Negeri Johor yang 65% kawasannya di kelilingi oleh
laut. Ekosistem adalah suatu sistem ekologi yang terbentuk oleh hubungan timbal
antara makhluk hidup dengan lingkungannya
. Komponen-komponen pembentuk
ekosistem adalah komponen hidup (biotik) dan komponen tak hidup (abiotik)
MENGAPA banjir besar gelombang kedua hanya menimpa Johor sehingga lebih 100,000 mangsa terpaksa dipindahkan? Mengapa daerah Kota Tinggi, Johor Bahru Selatan dan Batu Pahat paling teruk dilanda banjir? Apakah langkah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan bencana alam itu berulang?
terdapat perkaitan antara kemusnahan ekosistem terhadap penduduk kampung itu sendiri.sungai dan pengaruhnya terhadap ekosistem, kemudian secara tidak langsung impaknya terhadap pembangunan bandar itu sendiri. Bandar ialah satu unit politik, suatu petempatan yg didiami oleh sejumlah penduduk atau kelompok rumah tempat kediaman atau lain-lain struktur (Detwyler dan Marcus, 1985). Definisi bandar meliputi semua elemen semulajadi, sosial dan buatan manusia yang berkelompok dalam kawasan-kawasan yang mempunyai ramai penduduk.

Sementara itu, M,A,J Beg dalam buku historic Cities of Asia mentafsirkan Bandar sebagai suatu kawasan yg dihuni oleh penduduk yang ramai dan sebahagiannya boleh membaca dan menulis serta mereka terlibat dalam kegiatan bukan pertanian. Daripada tafsiran ini jelas menunjukkan bahawa bandar berbeza dari kampung dari segi saiz, kepadatan penduduk dan penduduknya bersifat heterogenus.
perkaitan antara sungai dan pembangunan bandar dapat dilihat melalui projek-projek yang melibatkan kepentingan sungai itu sendiri. Sebagai contoh, pembinaan jambatan biasanya memerlukan kos pembinaan yang tinggi dan memakan masa yang lama untuk disiapkan. Apabila banjir melanda, projek itu musnah begitu sahaja sebelum sempat penduduk menggunakannya. Secara tidak langsung, hal ni akan menyebabkan pembangunan sesuatu bandar itu akan terjejas. Dalam kajian ini, kami akan mengaitkan antara sungai Johor dan pembangunan di Kota Tinggi serta saling kaitannya dengan banjir besar yang telah melanda Kota Tinggi baru-baru ini.
secara keseluruhannya, sungai merupakan nadi kehidupan penduduk setempat Kota Tinggi. Justeru, sungai sangat berkait rapat dengan kehidupan manusia dan pembangunan bandar itu sendiri.Sungai Johor merupakan sistem saliran utama di Bandar Kota Tinggi yang mengalir daripada kawasan tadahan Sungai Linggiu dan Sungai Sayong (Daerah Kluang) ke laut. Cabang utama Sungai Johor (Bandar Kota Tinggi) ialah Sungai Permandi, Sungai Kemang, Sungai Kampung Kelantan, Sungai Bang, Sungai Tembioh dan Sungai Damai. Oleh itu, sebarang perubahan negatif pada sungai Johor akan membawa kesan yang amat buruk kepada kawasan sekitar sungai dan negeri Johor amnya. Berdasarkan kepada peristiwa banjir yang telah berlaku pada Disember 2006 dan Januari 2007, Sungai Johor mampu menenggelamkan hampir keseluruhan bandar Kota Tinggi serta melumpuhkan semua aktiviti di bandar itu.
bayangkan di sesebuah kawasan perbandaran, misalnya di Kota Tinggi dan Johor Bahru di mana pembangunan rancak dilaksanakan dengan puluhan projek ‘kemajuan’ yang bersebelahan antara satu sama lain. Hal ini akan menjejaskan pembangunan Bandar tersebut akibat daripada pengurusan dan penyelenggaraan ekosistem yang tidak terkawal.




Kota

Friday, September 28, 2007

Laporan Tinjauan Awal ke Kota Tinggi("pilot study')




Pada 3 Ogos 2007 kami telah membuat tinjauan awal ke Kota Tinggi.Menurut pemerhatian saya semasa berada di Kota Tinggi,banjir yang telah berlaku pada bulan Disember 2006 dan awal Januari 2007 telah membawa perubahan yang besar kepada kawasan Kota Tinggi itu sendiri mahupun penduduknya.Dua buah kampung yang teruk dilanda banjir ialah Kg.Kelantan dan Kg.Tembioh.Kedua-dua kampung tersebut terletak
bersebelahan Sungai Johor dan mempunyai penduduk yang majoriti terdiri daripada kaum Melayu dan Kaum Cina.Menurut Penghulu Kota Tinggi iaitu Encik Wan Ismail Wan Ngah,3/4 kawasan Kota Tinggi telah tenggelam semasa banjir dan semua sekolah telah dijadikan tempat pemindahan banjir.Kota Tinggi telah dilanda banjir yang dahsyat sebanyak dua kali dalam tempoh yang singkat.Menurut pengalaman penduduk kampung yang kami temui,banjir yang kedua adalah lebih dahsyat dan lama berbanding banjir yang pertama.Semasa banjir yang kedua melanda,penduduk tidak sempat menyelamatkan harta benda kerana banjir berlaku pada awal pagi(pukul 3 pagi) dan air naik dengan cepat.Banjir pada kali ini merupakan banjir yang paling besar dalam tempoh 58 tahun kerana banjir besar yang pernah dicatat sebelum ini adalah pada tahun 1948.

Semasa berada di pusat pemindahan,bantuan seperti makanan,pakaian, dan beberapa barangan asas yang lain telah diberikan kepada mangsa banjir.Walaupun selepas banjir berakhir,bantuan yang berterusan telah diterima oleh penduduk samaada berbentuk barangan mahupun wang ringgit.Bantuan ini adalah hasil sumbangan kerajaan dan juga beberapa syarikat korporat.Bantuan yang terakhir diterima ialah pada 2 Ogos 2007 yang berupa wang ringgit dan disampaikan oleh Menteri Besar Johor.

TENTATIF PROGRAM DI KOTA TINGGI



Sabtu(1/9/2007)
9.oopg :Bertolak dr FSSK(UKM)

10.00pg:Sarapan dan rehat di Seremban

10.30pg:meneruskan perjalanan

1.50ptg:Sampai di Kota Tinggi .
- Rehat/Makan

2.45ptg:Check-in ke Hotel Philton

3.00ptg:rehat

4.00ptg:Perjalanan ke tempat kajian(Kg.Kelantan&
Kg.Tembioh) dibatalkan dan ditunda ke hari esok
-Menjalankan field work mengikut kumpulan
masing-masing di kawasan Bandar Kota Tinggi.

6.00ptg: Rehat/Solat
-meneruskan fieldwork

11.00mlm: Berada di bilik masing-masing
-Tidur


Ahad(2/9/2007)
8.30pg:Bersiap dan sarapan pagi

8.55pg:Bertolak ke kawasan kajian(Kg.Kelantan, Kg.Tembioh)

9.00pg:Tiba di Kg.Kelantan

9.05pg: Membuat survey mengikut kumpulan masing-masing.

11.30pg:Berkumpul semula dan bersiap untuk balik ke Hotel

11.40pg:Tiba di Bandar Kota Tinggi
-Rehat/Makan/Solat di Hotel

2.30ptg: Semua diminta berkumpul dan bersiap untuk pergi
ke Desaru
-Aktviti ke Desaru dibatalkan disebabkan hujan lebat
-Teruskan fieldwork di Kota tinggi

8.00mlm: Berjalan-jalan ke Bandar Kota Tinggi

9.05mlm:Selesai semua tugas

10.00mlm:Rehat di hotel masing-masing

Isnin(3/9/2007)
8.00PG:sarapan

9.10pg:Berjalan kaki ke Bangunan Pejabat Daerah (JPS)

9.20pg:Tiba di Bangunan Pejabat Daerah(JPS)

11.10pg:Selesai temubual dengan pihak JPS
-pihak JPS telah memberi kerjasama yang baik semasa kami berada di sana
terutamanya Pn.Supartini.

12.00pg:Rehat dan makan

1.00ptg: Bersiap dan check-out dari hotel
-Bertolak pulang ke UKM

3.30ptg: Berehat di Pagoh(MAkan/Solat)

6.00ptg:Berhenti di Seremban(Solat/Rehat)

7.15ptg:Sampai di UKM

LaPoran AwAL KerRJa LApaNgan Di KoTa TinGgi(1-3 September 2007)



Kami telah menjalankan kerja lapangan di Kg.Kelantan dan di sekitar Bandar Kota Tinggi.Penemuan kajian kami meliputi tiga perkara:

1.Soal selidik dengan penduduk Kg.Kelantan.

2.Temuramah dengan pihak JPS(Jabatan Pengairan dan Saliran).

3.Temuramah dengan beberapa orang peniaga di Bandar Kota Tinggi.

Setelah membuat analisis awal berdasarkan penemuan kajian kami,saya berpendapat bahawa Sungai Johor merupakan faktor terpenting yang menyumbang kepada berlakunya banjr besar di Kota Tinggi selain daripada hujan lebat yang turun.Kampung yang terletak berdekatan dengan Sungai Johor ialah Kampung Kelantan.Hasil temubual kami dengan beberapa penduduk Kg.Kelantan ,mendapati bahawa amalan membuang sampah kedalam sungai sudah menjadi seakan-akan amalan tradisi bagi mereka sejak dahulu lagi.Keadaan ini jelas mencerminkan bahawa penduduk kampung tersebut tidak menjaga sungai mereka dengan baik.Keadaan ini mungkin berlaku disebabkan Kg.Kelantan bukan terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kota Tinggi dan penduduk terpaksa pergi ke bandar untuk membuang sampah mereka.Justeru itu,mereka mengambil jalan mudah dengan membuang sampah ke dalam sungai dan mencemarkan sungai tersebut.Akibatnya, sungai menjadi cetek akibat timbunan sampah di dasar sungai lalu mudah berlaku banjir.

Rentetan daripada banjir yang berlaku,tebing Sungai Johor dan sungai berdekatan terhakis menyebabkan lebar sungai bertambah dan sungai menjadi semakin cetek.Namun menurut pihak JPS(Jabatan Pengairan dan Saliran),mereka sukar untuk membuat kerja-kerja pemulihan tebing sungai kerana kawasan Kg.Kelantan merupakan kawasan persendirian dan pihak JPS boleh dikenakan saman sekiranya menceroboh kawasan tersebut.Tambahan pula ,jarak diantara tebing sungai dengan rumah penduduk sangat dekat dan menyebabkan jentera berat sukar memasuki kampung tersebut.

Manakala menurut pengalaman seorang peniaga di Bandar Kota Tinggi yang di kenali sebagai Mak Jah Rokiah berkata semasa banjir ,air sungai naik dengan dahsyat dan barang-barang terapung seakan-akan “tsunami” melanda.Beliau juga telah berbesar hati meminjamkan kami cakera padat yang merakamkan banjir semasa gelombang pertama dan kedua.

Kesimpulannya,penduduk Kg.Kelantan dan penduduk Kota Tinggi amnya seharusnya bersama-sama menjaga sungai dan ekosistem di sekeliling mereka dengan baik serta tidak hanya menyalahkan pihak yang berwajib sahaja bila berlaku satu-satu bencana seperti banjir.



UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SKAD 2063 URBANISASI DAN PEMBANGUNAN BANDAR


TAJUK KAJIAN: IMPLIKASI BANJIR KE ATAS EKOSISTEM PENDUDUK
SETEMPAT DAN KESANNYA TERHADAP PEMBANGUNAN.


MATLAMAT:
MENGKAJI KEROSAKAN EKOSISTEM TERHADAP PENDUDUK DAN KAWASAN PERSEKITARAN

MISI:
MENCARI ALTERNATIF BAGI MEMBANTU PENDUDUK MEMULIHKAN SEMULA EKOSISTEM DI PERSEKITARAN MEREKA.

NAMA PENSYARAH: PROF. MADYA DR. HAMZAH B. JUSOH
:PUAN MARSITAH MOHD RADZI
NAMA KUMPULAN : DINAMIK

NAMA AHLI:
NOR LIYANA BT ZULKUFLI (A110342)
NORASHIKIN BT AHMAD SOID (A112228)
NORAZELINA SAH BT MOHD ISMAIL (A113406)
NORLIZA BT JULMOHAMMAD (A113915)
NUR NADIA BT DZULKIFLI (A113836)

BORANG SOAL SELIDIK

Jantina:
Kampung:
Bangsa:
Agama:
Umur:
Bil. Ahli Keluarga:
Pekerjaan:


1.Adakah kebersihan Sungai Johor dijaga dengan baik sebelum berlakunya banjir?
YA:
TIDAK:

2.Adakah kejadian banjir banyak memberikan kesan keatas aktiviti harian?
YA:
TIDAK:

3.Adakah banjir telah merosakkan banyak tanaman dan ternakan penduduk kampung anda?
YA:
TIDAK:

4.Adakah terdapat banyak binatang ternakan yang mati semasa berlakunya banjir?
YA:
TIDAK:

5.Adakah banjir telah mengubah persekitaran kawasan penempatan anda?
YA:
TIDAK:

6.Adakah terdapat sebarang hakisan tanah yang berlaku dikawasan sekitar selepas banjir?
YA:
TIDAK:

7.Adakah kawasan persekitaran tempat tinggal anda mengalami masalah ganguan bau yang busuk?
YA:
TIDAK:

8.Adakah terdapat sebarang sistem saliran yang tersumbat di kawasan sekitar kampung anda?
YA:
TIDAK:

9..Adakah banjir telah menyebabkan berlakunya pencemaran di sesetengah kawasan kampung anda?
YA:
TIDAK:

10.Adakah anda menjalankan sebarang pertanian sebagai aktiviti sampingan?
YA:
TIDAK:

11.Jika ada, apakah jenis tanaman yang dihasilkan?
_______________________________________________


12.Adakah banjir telah merosakkan mata pencarian hidup anda sekeluarga?
YA:
TIDAK:

13.Apakah bentuk perubahan yang dapat dilihat dengan jelas selepas banjir?
___________________________________________________

14.Adakah pihak JPS telah menyelenggara sistem saliran dengan baik?
YA:
TIDAK:

15.Adakah sebarang tindakan yang diambil oleh pihak tertentu bagi mengelakkan kejadian banjir
pada masa akan datang?
YA

TIDAK:

16.Adakah pihak berkuasa telah membaik pulih sebarang kerosakan yang berlaku di kawasan kampung?
YA:
TIDAK:

17.Adakah anda berpuas hati dengan penyelengaraan yang dilakukan?
YA:
TIDAK:

18.Pada pandangan anda, apakah langkah yang boleh diambil oleh pihak berkuasa untuk mengelakkan
banjir daripada berulang?
_________________________________________________________


19.Adakah anda mempunyai sebarang cadangan untuk menjadikan kawasan persekitaran yang musnah
semasa banjir dapat diperbaiki semula?
YA:
TIDAK:

20.Jika ada, sila nyatakan cadangan anda.
_________________________________________________________


21.Pada pendapat anda, adakah banjir meninggalkan kesan ke atas pembangunan negeri Johor?
YA:
TIDAK: