Friday, September 28, 2007

LaPoran AwAL KerRJa LApaNgan Di KoTa TinGgi(1-3 September 2007)



Kami telah menjalankan kerja lapangan di Kg.Kelantan dan di sekitar Bandar Kota Tinggi.Penemuan kajian kami meliputi tiga perkara:

1.Soal selidik dengan penduduk Kg.Kelantan.

2.Temuramah dengan pihak JPS(Jabatan Pengairan dan Saliran).

3.Temuramah dengan beberapa orang peniaga di Bandar Kota Tinggi.

Setelah membuat analisis awal berdasarkan penemuan kajian kami,saya berpendapat bahawa Sungai Johor merupakan faktor terpenting yang menyumbang kepada berlakunya banjr besar di Kota Tinggi selain daripada hujan lebat yang turun.Kampung yang terletak berdekatan dengan Sungai Johor ialah Kampung Kelantan.Hasil temubual kami dengan beberapa penduduk Kg.Kelantan ,mendapati bahawa amalan membuang sampah kedalam sungai sudah menjadi seakan-akan amalan tradisi bagi mereka sejak dahulu lagi.Keadaan ini jelas mencerminkan bahawa penduduk kampung tersebut tidak menjaga sungai mereka dengan baik.Keadaan ini mungkin berlaku disebabkan Kg.Kelantan bukan terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kota Tinggi dan penduduk terpaksa pergi ke bandar untuk membuang sampah mereka.Justeru itu,mereka mengambil jalan mudah dengan membuang sampah ke dalam sungai dan mencemarkan sungai tersebut.Akibatnya, sungai menjadi cetek akibat timbunan sampah di dasar sungai lalu mudah berlaku banjir.

Rentetan daripada banjir yang berlaku,tebing Sungai Johor dan sungai berdekatan terhakis menyebabkan lebar sungai bertambah dan sungai menjadi semakin cetek.Namun menurut pihak JPS(Jabatan Pengairan dan Saliran),mereka sukar untuk membuat kerja-kerja pemulihan tebing sungai kerana kawasan Kg.Kelantan merupakan kawasan persendirian dan pihak JPS boleh dikenakan saman sekiranya menceroboh kawasan tersebut.Tambahan pula ,jarak diantara tebing sungai dengan rumah penduduk sangat dekat dan menyebabkan jentera berat sukar memasuki kampung tersebut.

Manakala menurut pengalaman seorang peniaga di Bandar Kota Tinggi yang di kenali sebagai Mak Jah Rokiah berkata semasa banjir ,air sungai naik dengan dahsyat dan barang-barang terapung seakan-akan “tsunami” melanda.Beliau juga telah berbesar hati meminjamkan kami cakera padat yang merakamkan banjir semasa gelombang pertama dan kedua.

Kesimpulannya,penduduk Kg.Kelantan dan penduduk Kota Tinggi amnya seharusnya bersama-sama menjaga sungai dan ekosistem di sekeliling mereka dengan baik serta tidak hanya menyalahkan pihak yang berwajib sahaja bila berlaku satu-satu bencana seperti banjir.

No comments: